Kelebihan sticker label pada produk dan pembungkusan produk perniagaan anda

Blog Details

 

Sektor peruncitan bagi penyediaan makanan dan minuman kini telahpun didominasi oleh aktiviti  perkhidamatan penghantaran makanan atau lebih dikenali sebagai Food Delivery Services. Pada masa ini juga, E-bazaar pula sedang hangat diperkatakan sebagai alternatif bagi mambantu peniaga-peniaga makanan di bazaar Ramdahan yang akan terjejas akibat penularan wabak Covid19. 

Ini semua akan membuka satu lagi peluang untuk meningkatkan dan mengembangkan lagi perniagaan anda. Oleh itu anda perlu tahu bagaimana label pada produk dan pembungkusan boleh memberi satu faktor nilai tambah terhadap keuntungan perniagaan yang diceburi.

Label sticker adalah medium pemasaran berkos efektif dan berkesan

Pengunaan label sticker adalah salah satu medium pemasaran yang berkos efektif dan berkesan jika dibandingkan dengan medium-medium lain. Agenda pemasaran perniagaan anda boleh dicetak pada label untuk disasarkan terus  kepada pelanggan sedia ada mahupun pelanggan baru.

Selain itu juga, label boleh digunakan sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti seperti acara cabutan bertuah, kumpul dan menang dan sebagainya tanpa perlu membayar kos tambahan.

Blog Details

 

Label sebagai platform informasi untuk meningkatkan kesetiaan pelanggan.

Informasi-informasi yang dilampirkan pada label boleh menjadi medium komunikasi untuk menarik dan meningkatan lagi kesedaran dan kesetiaan pelanggan. Rekaan dan isi kandung yang terdapat pada label boleh membantu memantapkan lagi usaha penjenamaan produk danperniagaan anda.


Blog Details

 

Penggunaan QR Code pada label memberi seribu satu kelebihan

QR Code boleh diletakkan pada label bagi memudahkan pelanggan untuk memperolehi maklumat tambahan dengan pantas. QR Code boleh dipautkan terus ke laman web, WhatsApp dan juga akaun sosial media perniagaan anda.  Selain daripada memudahkan proses komunikasi, ini juga akan mengalakkan dan memudahkan aktiviti pembelian semula produk oleh pelanggan.


Blog Details

 

Meningkatkan dan mengekalkan kualiti produk dan pembungkusan.

Sebagai contoh, makanan yang dibungkus di dalam kotak mahupun plastik boleh menggunakan label sticker untuk menutup  dan mengetatkan lagi bungkusan makanan tersebut. Begitu juga bagi produk-produk lain, seperti biskut raya, kek dan sebagainya, boleh menggunakan label sticker untuk untuk meningkatkan dan mengekalkan kualiti produk dan pembungkusan.


Blog Details

 

Oleh itu, mantapkan perniagaan anda dengan label sticker yang menarik

Oleh itu, bagi semua peniaga makanan dan minuman terutamanya para peniaga E-Bazaar Ramadhan dan juga para penjual biskut Hari Raya, rebutlah peluang ini. Label sticker pada produk dan pembungkusan yang menarik dan berinformasi boleh memberikan impak positif dan nilai tambah untuk menjana keuntungan perniagaan yang lebih.

Blog Details

 

You might like